YDP Agong Perkenan Isytihar Darurat Bagi Parlimen Gerik, Perak Dan DUN Bugaya Sabah

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen perkenan isytihar darurat bagi bahagian Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, Sabah.

Menerusi kenyataan media Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa pilihanraya bagi kedua-dua kawasan ini dibatalkan demi menjaga keselamatan rakyat jelata dan menjaga sektor ekonomi serta kesejahteraan negara.

Justeru itu, perkara ini dilakukan bagi menghalang dan mengrkang daripada berlakunya gelombang penularan wabak Covid-19 yang kian meningkat.

“Mengambil iktibar penularan Covid-19 susulan Pilihan Raya Negeri Sabah sebelum ini, Pilihan Raya Kecil bagi Gerik dan ugaya telah dijadualkan pada 16 Januari 2021 dibatalkan dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here