Curi letrik guna geganti alat kawalan jauh

Penghuni sebuah rumah berkembar dua tingkat di Jalan Kong Ping dekat sini, didapati mencuri elektrik dengan menggunakan geganti alat kawalan jauh yang dipasang di dalam meter.

Sarawak Energy dalam kenyataannya semalam berkata, semasa pemeriksaan meter rutin oleh pasukan penguat kuasa pihaknya baru-baru ini, mereka mendapati penutup meter yang digunakan penghuni rumah adalah tidak asli sekali gus kaedah mencuri elektrik ini dapat dikesan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati litar elektronik meter telah terusik dengan geganti alat kawalan jauh dipasang untuk mengawal bekalan masuk melalui meter.

“Melalui kaedah ini, penggunaan elektrik tidak akan didaftarkan dan pelanggan akan menggunakan elektrik secara percuma.

“Pembacaan beban sebenar menunjukkan premis tersebut menggunakan elektrik lebih daripada RM400 sebulan berbanding dengan penggunaan bil purata mereka sekitar RM150 sebulan,” ujar kenyataan itu sambil menambah, pihaknya juga memantau corak penggunaan elektrik dengan teliti dan sekiranya pembacaan beban tidak se-suai dengan jenis perniaga-an atau bangunan, mereka akan diperiksa dengan lebih lanjut.

Dalam pada itu, meter yang terusik katanya, telah dibuka dan dirampas sebagai bahan bukti.

Malah, laporan polis telah dibuat dan pemilik premis akan dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik.

“Mencuri elektrik adalah kesalahan jenayah yang membawa hukuman denda se-hingga RM100,000 dan/atau lima tahun penjara jika sabit kesalahan,” katanya.

Tahun ini sahaja menurutnya, terdapat 14 kes penutup meter tiruan di seluruh negara dan syarikat utiliti tersebut percaya bahawa masih banyak lagi yang belum dijumpai.

“Penutup meter elek-trik Sarawak Energy telah ditandakan khas dan pasukan pemeriksaan meter kini dilengkapi dengan peralatan serta latihan terkini untuk mengesan sebarang kaedah gangguan terhadap meter,” ujar kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, Sarawak Energy terus mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyedia perkhidmatan yang mendakwa dapat mengurangkan bil elektrik atau membenarkan penggunaan elektrik tanpa had melalui pengubahsuaian meter.

Pencurian elektrik ujarnya, adalah jenayah berbahaya yang boleh merosakkan peralatan elektrik, menyebabkan kebakaran serta membahaya-kan keselamatan dan nyawa. 
Sarawak Energy turut memaklumkan bahawa Unit Pemeriksa Elektrik Kementerian Utiliti Sarawak dan pihaknya telah menyiasat 2,297 kes kecurian elektrik tahun ini, melibatkan rumah komersial dan swasta di seluruh Sarawak dengan 39 kes sivil difailkan di mahkamah.

“Bagi kes melibatkan jenayah kecurian elektrik, Kementerian Utiliti dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak telah mengadili 13 kes dan 11 daripada tertuduh telah mengaku bersalah atas jenayah tersebut.

“Pendakwaan untuk baki dua kes masih dijalankan,” tambahnya.

Sehubungan itu kata-nya, Sarawak Energy akan terus menjalankan aktiviti pemeriksaan meter di seluruh Sarawak secara aktif dengan bantuan pihak berkuasa yang berkaitan terutama Kementerian Utiliti dan pihak polis.

Orang ramai boleh me-laporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang berkaitan dengan kecurian elektrik dan penyedia perkhidmatan yang mengaku dapat mengurangkanpenggunaan elektrik.

Mereka boleh melakukannya dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau e-mel di customercare@sarawakenergy.com.  Semua maklumat akan dirahsiakan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here