Penyokong Mahathir-Anwar digabung lagi ramai, kata Khalid

Gabungan pengundi Melayu yang menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadikan pembangkang lebih kuat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berpendapat sokongan pengundi Melayu kepada Tun Mahathir yang merupakan pengasas parti Bersatu tidak harus dinafikan.

“Di Shah Alam contohnya, yang saya nampak separuh ahli dari Bersatu yang telah keluar itu adalah penyokong Tun. Tempat lain saya tidak tahu.

“Adun-adun yang bersama Tun di Selangor pun ada tiga orang. Mereka Bebas yang menyokong PH.

“Takkanlah itu pun kita mahu putuskan,” katanya dalam slot bicara bertajuk ‘Politik Grand Coalition: Asas dan Matlamatnya’ menerusi saluran Jom Channel malam tadi.

Ahli Parlimen Shah Alam berkenaan mengingatkan sokongan pengundi Mahathir perlu disatukan dengan pengundi yang menyokong Anwar untuk menumpaskan Perikatan Nasional (PN).

“Ramai lagi yang masih menyokong Tun. Walaupun lima peratus (sokongan kepada Tun), tetap bertambah (sokongan kepada pembangkang).

“Kita tidak nafi sokongan Melayu kepada Anwar tetapi undi penyokong Tun dan Anwar kalau digabungkan lagi bertambah ramai,” tegasnya.

Sehubungan itu, Khalid menyeru agar pemimpin pembangkang daripada pelbagai parti berfikir secara rasional bukannya mengikut emosi untuk bersama dalam gabungan besar.

“Kalau kita rasional dan objektif tidak mengikut perasaan maka kita akan tahu apa cara terbaik (untuk menang PRU-15),” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here