Melaka, Ogos-
Suspek pembunuhan kejam Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, 33, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas dakwaan membunuh ibu tiga anak itu, dalam kejadian Disember lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh, Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Teoh Shu Yee, lapor Kosmo.Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh terhadap Istiqomah Ahmad Rozi, 33, antara 26 Disember sehingga 31 Disember 2023 di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau sekiranya tidak dihukum gantung, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan daripada tiga puluh tahun dan tidak melebihi empat puluh tahun dan hendaklah dikenakan sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.Tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian bersetuju dengan pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh 22 Oktober depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Istiqomah telah dilaporkan hilang pada 27 Disember lalu selepas keluar bekerja, namun keretanya ditemui di sekitar Lotus Kota Masai kira-kira 2 petang hari sama.
Disember lalu dilaporkan mengenai penemuan mayat seorang wanita ditemui disumbat di dalam tong sampah dalam keadaan tanpa kaki dan tangan di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Melaka.
Polis kemudiannya mengesahkan mayat itu milik Istiqomah, 33, berdasarkan ujian DNA yang dilakukan terhadap ibu mangsa
Susulan itu, sepasang suami isteri ditahan di Chemor, Perak pada 6 Ogos lalu. Suspek lelaki dikenal pasti kenalan mangsa ketika belajar di universiti.Suspek direman seminggu bermula 6 hingga 12 Ogos lalu sebelum tempoh reman ke atasnya disambung tujuh hari lagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hasil siasatan lanjut dan soal tanya terhadap suspek membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa di kawasan berhampiran tempat mayat ditemui.
Polis menemui tulang jari dan kepala tidak jauh dari lokasi penemuan mayat, kira-kira lima hingga enam kilometer.
Suspek yang juga kenalan Istiqomah ketika bersama-sama melanjutkan pengajian di maktab perguruan, dijangka dituduh sekitar jam 10 atau 11 pagi di Mahkamah Majistret Alor Gajah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh




















