Tolak cadangan turunkan harga jualan rumah milikan warga asing – Exco

Kerajaan Selangor menolak cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menurunkan harga jualan rumah kepada warga asing menerusi skim Malaysia My Second Home (MM2H).

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata mengikut dasar kerajaan negeri Selangor, harga minimum ditetapkan kepada warga asing adalah sebanyak RM2 juta.

Bagaimanapun, katanya kementerian terbabit mencadangkan penurunan harga minimum kepada golongan berkenaan sebanyak RM600,000.

 “Kita hanya pertimbangkan (harga minimum) RM1.5 juta sahaja kepada mereka (warga asing) kerana ia mungkin nampak besar tetapi untuk pemilikan asing itu mereka menunggu untuk beli.

“Jadi, KPKT kena buat harga kawalan kerana kalau tidak saya rasa peluang untuk warganegara memiliki itu akan terkesan,” katanya, pada sidang media di Hotel De’Palma Seksyen 19 di sini hari ini.

Terdahulu, SelangorKini melaporkan Rodziah sebagai berkata, kebanyakan unit rumah tidak terjual bukan berpunca daripada kerajaan sebaliknya masalah pemaju itu sendiri.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here