Kerajaan digesa beri tumpuan pada lokasi stesen HSR susulan pembatalan projek

Kerajaan perlu beri tumpuan kepada lokasi yang sepatutnya dibangunkan sebagai stesen projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Jelas Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong, ini kerana penduduk di lokasi tersebut pastinya sudah menjangkakan pulangan bisnes daripada projek itu.

“Walaupun kita lihat pada awalnya, ada antara beberapa buah bandar di Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai stesen HSR tersebut iaitu di Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh malah di Iskandar Puteri, Johor sampai menghubungkan kepada republik Singapura.

“Saya rasa mungkin orang kata pemilik tanah ataupun pemilik perniagaan yang terletak di kawasan ini mungkin berasa sedikit kecewa.

“Ini kerana, mereka sudah menjangkakan pada masa depan akan mendapat pulangan daripada bisnes yang akan rancak berlangsung di kawasan tersebut.

“Jadi, saya nampak mungkin sudah ada perancangan di kedua-dua belah pihak yang melibatkan business to business (urusan perniagaan ke perniagaan).

Tambahnya, kerajaan juga mungkin perlu memberikan tumpuan dalam membantu usahawan yang telah melakukan perancangan.

“Itu adalah salah satu perkara yang kita kena lihat, mungkin dalam masa satu tahun atau setengah tahun akan datang, mungkin projek ini akan dibangkitkan semula, kita tidak tahu.

“Bagaimanapun, pihak kerajaan harus memberikan pemantauan kepada beberapa lokasi yang telah dikenal pasti untuk pembangunan stesen tersebut,” jelas beliau.

Selain itu, beliau berpendapat hubungan perniagaan antara Malaysia-Singapura kekal utuh meskipun projek HSR itu tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.

“Saya merasakan walaupun projek itu terbatal selepas penangguhan dipersetujui kedua-dua pihak, tetapi pada pendapat saya, ia tidak sama sekali menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here