Balai polis lama Gombak

kami ke sebuah lokasi yang agak terkenal dengan kisah mistik dan bualan mulut orang tempatan. Ada juga yang memberi pandangan bahawa tempat itu telah di `xplore` oleh banyak team paranormal.

Setelah berbincang, kami memutuskan untuk membuat kajian disana. Kes paranormal ini banyak berhubung kait dengan `rezki`. Kalau ada rezki kita, adalah.Ianya tidak sesekali untuk mematahkan semangat kru-kru PAG untuk terus membuat kajian dan berkongsi dengan orang ramai tentang kejadian dan kewujudan entiti paranormal ini.

Pada mulanya kami tidak bersetuju untuk ke lokasi tersebut atas faktor keselamatan kru.Kru `peninjau` telah pergi ke lokasi itu pada akhir tahun 2011 untuk melihat sendiri kesesuaian bagi kru PAG membuat kajian.

Dalam pada masa itu juga Kru kami sempat berjumpa dan bertanya dengan penduduk kampung orang asli tempatan tentang kisah tempat itu,dan majoriti menyatakan bahawa tempat itu sangat merbahaya untuk orang luar kerana ia terletak jauh dari penempatan dan terletak betul-betul ditengah hutan.

Ada juga yang menyatakan ada warga asing yang hilang dikawasan itu dan paling menakutkan kehadiran `pak belang` dan babi hutan yang gemar berkeliaran pada waktu malam.

Setelah kru PAG membuat keputusan bersama, kami menyediakan kesemua peralatan dan terus ke kawasan terbabit pada tepat jam 12 malam. Dengan pengalaman yang luarbiasa kami beredar dari sana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here