PASUKAN POLIS DANG WANGI TELAH MENYERBU JUDI ONLINE

Kuala Lumpur, Ogos 14-

Pasukan Polis IPD Dang Wangi bertindak atas maklumat judi online, pada 13 Ogos 2021 jam lebih kurang 4.30 petang telah membuat serbuan di sebuah premis di Jalan Landak, Jalan Pudu Kuala Lumpur.

Dalam serbuan ini, seramai lapan orang terdiri daripada lima lelaki warga tempatan dan tiga lelaki warganegara asing berumur dalam lingkungan 24 tahun hingga 70 tahun telah ditahan.

Hasil pemeriksaan di dalam premis tersebut telah merampas 12 set tablet, 3 telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit router, sebuah unit modem internet, sebuah unit dekoder cctv, 16 buah kerusi, sebuah buah buku catitan dan wang tunai sebanyak RM 918.00, maklum Ketua Polis Daerah Dang Wangi ,Noor Dellhan bin Yahaya.

Kesemua tangkapan ditahan untuk siasatan di bawah seksyen 4 (1) (c) akta rumah judi terbuka 1953 (akta 289) dan seksyen 6 (1) (c) akta imigresen 1959/63 (akta 155).

Justeru, pihak PDRM memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan aktiviti judi online di sekitar daerah Dang Wangi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here