Saya sedih , Sepatutnya Daim disanjung – Dr Mahathir

Kuala Lumpur, Nov-
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih terhadap pemergian Daim Zainuddin, menteri kewangan dua kali ketika era pentadbirannya.

Menyifatkan Daim sebagai sahabat bersama dalam berjuang demi bangsa, negara dan agama, Mahathir berkata tokoh ekonomi itu sepatutnya disanjung kerana sumbangannya kepada negara. “Saya sedih tidak terhingga. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab.

“Inikah balasan yang menimpa kerana dendam,” katanya dalam kenyataan.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau hanya mampu berdoa agar Daim diadili berasaskan keadilan.

“Berilah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu,” katanya.

Daim berkhidmat sebagai menteri kewangan dua kali dilaporkan meninggal dunia pada 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Penggal pertama berkhidmat pada 1984 hingga 1991 bawah pentadbiran Mahathir, di mana beliau memainkan peranan penting dalam menguruskan ekonomi dan melaksanakan pelarasan struktur.

Beliau kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi bawah Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.

Awal tahun ini, Daim dan isteri Naimah Khalid didakwa di mahkamah atas tuduhan gagal mematuhi terma notis perisytiharan harta dikeluarkan bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here