Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 1,422 orang

Johor terus mencatatkan penurunan angka mangsa banjir apabila mencatatkan seramai 1,422 mangsa daripada 363 keluarga setakat jam 8 pagi Jumaat.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan penurunan berbanding 1,561 orang daripada 406 keluarga setakat jam 12 malam Khamis.

“Satu pusat pemindahan sementara (PPS) sudah ditutup iaitu di Sekolah Kebangsaan Agama (SMK) Taman Kota Jaya di Kota Tinggi pada jam 8.30 malam tadi (Khamis). Kini hanya tinggal 16 PPS masih dibuka di lima daerah.

“Daerah terbabit ialah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi, air pasang terus berlaku di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kukup, Pontian pada Jumaat.

Katanya, air pasang berlaku di Tanjung Sedili pada jam 4.48 pagi dan 6 petang dengan ketinggian 219 dan 208 meter (M), Johor Bahru jam 6 pagi dan 7.04 petang (281 dan 255M) dan Kukup jam 4.10 petang dan 6.50 petang (285 dan 245M).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here