Pegawai polis mati dalam kemalangan

Kota Kinabalu: Pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan rakannya maut dalam kemalangan di Jalan Lintas, Metrotown, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Azrini @ Azrin Abu Bakar, 42, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dan Dylevia Dewalter, 38, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth Elizebeth II (HQEII).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati, Nissan Almera yang dipandu wanita terbabit dipercayai bergerak dari arah Citymall menuju ke Jalan Tuaran Bypass. Katanya, kemalangan berpunca daripada kenderaan mangsa yang terbabas sendiri sebelum merempuh pokok di tengah jalan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here