Agong perkenan Pengisytiharan Darurat sehingga 1 Ogos

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Seri Paduka Baginda perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos depan atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai oleh ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan dan yang berkaitan.

Jawatankuasa bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.

Perlu dimaklumkan bahawa perkenan ini juga telah mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here