Lelaki rompak pasar raya guna pistol mainan

Rakaman CCTV berjaya membolehkan pihak polis menjejak lelaki yang merompak beberapa pasar raya dengan hanya menggunakan pistol mainan.

Dalam video yang kini tular di media sosial, suspek dilihat menyerahkan barang “beliannya” kepada juruwang.

Ketika wanita itu mengira jumlahnya, lelaki tersebut mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah juruwang tersebut yang kemudiannya bergegas membuka peti wang dan menyerahnya kepada suspek.

Selain mengambil wang tersebut dia juga dilihat membawa keluar barang “belian”nya.

Menurut Daily Mirror, polis berjaya menangkapnya semasa mengadakan sekatan jalan.

Mereka juga merampas pistol mainan dan wang AS$116 (RM474.15) dari keseluruhan AS$249 (RM996).

Lelaki itu dikatakan melakukan tiga rompakan dengan hanya menggunakan pistol mainan dalam masa sejam di kawasan berdekatan.

Lelaki tersebut juga mengaku kepada pihak berkuasa tindakannya merompak menggunakan pistol mainan “dicetuskan kegilaan.”

Dia diarah menjalani pemeriksaan mental dan diberikan ubat penenang sementara menunggu perbicaraannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here