KL lengang selepas PKP

Jalan raya di sekitar ibu kota Kuala Lumpur semalam lengang selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu kelmarin.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), keadaan ini menunjukkan rakyat negara ini patuh dengan larangan ini.

“Keadaan lengang di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur pada hari kedua PKP.

 “Gambar ini dirakam jam 1 petang tadi yang membuktikan kepatuhan orang ramai kepada arahan tidak keluar rumah untuk mengurangkan pergerakan,” kata KKM dalam satu kenyataan di facebooknya.

Bagi yang masih perlu ke tempat kerja, patuhi SOP dan amalkan langkah-langkah pencegahan.

“Dalam tempoh 2 minggu ini amat penting untuk kita sama-sama memutuskan rantaian jangkitan #covid19 dan menurunkan kes yang dapat dilihat selepas 2 minggu ini berakhir,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here