Risiko pesakit dijangkiti semula Covid-19 boleh berlaku, kata pakar

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah mengingatkan risiko dijangkiti semula Covid-19 boleh berlaku pada pesakit sama ada bergejala atau tidak.

Menurutnya, jika pesakit sembuh maka antibodi terbentuk dan berada dalam badan antara empat hingga enam bulan.

Bagi kes yang mempunyai gejala serius, mereka memerlukan bekalan oksigen dan rawatan sokongan.

Situasi nasib pesakit Covid-19 itu berdasarkan laporan dari beberapa kajian perubatan, katanya melalui perkongsian di Twitter beliau hari ini.

Sebelum ini, Dr Suhazeli turut mengingatkan bahawa Covid-19 bukan sekadar selesema biasa sebaliknya jelas terkandung dalam laporan kajian.

“Ia (Covid-19) boleh membunuh lebih 10 kali ganda dan magnitud jangkit begitu pantas sekali dalam tempoh yang singkat.

“Kesengsaraan pesakit Covid-19 bukan sementara tetapi dilaporkan mencecah lebih 30 hari,” jelasnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here