Tiga maut nahas ngeri treler hempap lori

Tiga maut dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori dan sebuah treler di hadapan stesen minyak Petronas di Jalan Kluang-Batu Pahat di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 6.28 pagi, lori seberat tiga tan dengan muatan peralatan bengkel bertembung dengan sebuah treler yang membawa muatan simen.

Nahas mengakibatkan treler menghempap lori dan menyebabkan pemandu lori, Mohamad Azraai Mohamad Rizal, 24, dan dua kelindannya, Sadam Hussin Hamidon, 30, Deli Mustapha, 59, tersepit.

Seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam serta BBP Kluang dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmantan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi dari BBP Ayer Hitam, Penolong Pegawai Bomba Mohamad Shamin Mohamed Salikin Shoromi Salih berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dibantu sebuah kren.

Semua mangsa tersepit di tempat duduk dan berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira dua jam. Ketiga -tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis. Bagaimanapun pemandu treler berkenaan, Saiful Nizam Mansor, 39, terselamat dan operasi tamat pada jam 8.43 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here