Pejabat DNS belum terima surat letak jawatan timbalan speaker

Pejabat Dewan Negeri Selangor (DNS) belum menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa selaku timbalan speaker, kata Ng Suee Lim.

Beliau berkata berkata surat itu mungkin diserahkan Dr Daroyah Alwi dalam masa terdekat selepas mengumumkan keluar KEADILAN semalam.

“Saya menghormati keputusannya dan merakamkan ucapan penghargaan kerana selama ini memberikan kerjasama serta komitmen yang baik bagi melicinkan perjalanan sidang dewan yang beliau kendalikan,” kata Speaker DNS kepada SelangorKini.

Katanya, pengganti kekosongan jawatan itu akan dilantik Kerajaan Negeri pada hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijadualkan berlangsung pada 13 Jun.

Sidang DNS kali ini dijangka berlangsung selama dua minggu sehingga 24 Julai.

Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari mengecam keras tindakan Dr Daroyah keluar dari parti dan menganggapnya sebagai pengkhianatan kepada rakyat.

Susulan itu, Dato’ Menteri Besar mengecam Dr Daroyah kerana mengkhianati mandat rakyat dan menggesa beliau mengosongkan kerusi berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here