Ebit Lew dikecam bantu kaum Bajau Laut peluk Islam

ADA pihak yang tidak senang dengan berita mengenai pendakwah Islam Ebit Lew membantu masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah menjadi muslim dan mengenal Tuhan secara beramai-ramai.

Di Twitter, ada individu yang mendakwa bahawa Ebit menggunakan pendekatan ‘aku beri kau makanan dan kau perlu masuk Islam’.

Dia mempersoalkan nilai pengajaran dan unsur kemanusiaan yang disampaikan oleh Ebit.

“Syabas Ebit!  Sistem barter yang terbaik. Mangsa banjir – saya memberikan makanan kepada anda tetapi anda perlu menjadi Islam.

“Apakah nilai pengajaran dan kemanusiaan ini? Pengalaman bermakna, jangan mempercayai mana-mana misionaris atau pendakwa. Layanan tidak beretika dalam perdagangan kepercayaan dan identiti anda,” kata individu terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here