Hujan belum berhenti, hampir 1,000 mangsa dipindahkan

Sebanyak 18 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri sebelum 12 tengah malam, berikutan hujan yang turun tanpa henti sehingga pagi Jumaat.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri mendedahkan empat daerah merekodkan banjir, melibatkan 321 keluarga dan 985 mangsa berbanding semalam 577 orang.

Serian membuka 11 PPS, menempatkan 233 keluarga dan 710 mangsa.

Simunjan membuka empat PPS menempatkan 76 keluarga dan 229 mangsa.

Manakala di Samarahan, 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Satu PPS dibuka di Pusat Sukan Tatau di daerah Tatau bagi menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga .

Matu, Mukah dan Kapit turut berhadapan fenomena banjir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here