Remaja maut, wanita patah kaki dalam kebakaran

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut manakala seorang wanita cedera dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Pantai, Kuala Kurau pada pagi Jumaat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan mangsa yang mengalami lecur di kaki disahkan maut ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Parit Buntar.

Bagaimanapun, identiti mangsa terlibat sedang dikenalpasti dan operasi pemadaman yang bermula pada jam 12.56 tengah malam telah tamat pada jam 4.05 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here