Bertanya pun kena saman – Puad Zakarshi

AHLI Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta agar pihak berkuasa tidak menggunakan darurat untuk menghalang rakyat untuk bertanya dan minta penjelasan.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu berkata, tidak seharusnya seseorang disaman hanya kerana bertanya untuk mendapatkan penjelasan.

“Jangan gunakan darurat untuk menghalang rakyat bertanya dan minta penjelasan. Bertanya pun kena saman?” katanya.

Semalam Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan Mohd Puad yang disifatkan sebagai fitnah terhadap Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan kerana perdana menteri enggan dikuarantin sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

Dalam kenyataannya, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diserahkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dan dipakaikan gelang pengawasan setibanya dari lawatan rasmi di Jakarta, Jumaat lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here