Pemandu lori cedera dihempap kontena jatuh jejambat

Klang: Seorang pemandu lori cedera akibat dihempap sebuah kontena yang jatuh dari jejambat pada ketinggian lebih 12 meter di Jalan Pelabuhan Klang di sini, pada Selasa. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, mangsa dikenali Rusaini Hassani, 49, dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan maklumat, sebuah kontena berisi kotak kitar semula dari sebuah lori telah terjatuh dari atas jejambat. Kontena itu kemudian menghempap dua buah lori yang sedang lalu di bawah jejambat. Salah satu daripada lori tersebut dihempap di bahagian hadapan dan pemandunya tersepit,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa. Menurutnya, seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here