Seluruh Penduduk Kampung Tangisi Perpindahan Guru

Bukan sahaja ditangisi oleh pelajarnya, perpindahan seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di daerah Hamirpur, Uttar Pradesh, turut membuatkan penduduk kampung bersedih.

Bhishma Narayan dipindahkan setelah 12 tahun berkhidmat di kampung Dharapur di daerah Hamirpur, seluruh penduduk kampung menangis ketika mereka mengucapkan selamat tinggal.

Menurut The Bharat Express, Bhishma mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar-pelajarnya, dia menganggap mereka seperti keluarganya sendiri.

Sedih dengan pemindahannya, semua pelajar dan penduduk kampung datang mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan tidak dapat menahan tangisan mereka.

Mereka juga menyenangi sifat kesederhanaan guru itu dan sangat menyayangi serta menghormatinya.

Disebabkan itu, pemergiannya merupakan detik yang paling menyedihkan untuk penduduk kampung di situ.

Beberapa tahun lalu, Bhishma pernah menerima notis perpindahan namun semua penduduk membuat bantahan di pejabat pendidikan. Pun begitu, perpindahannya kali ini tidak dapat dibatalkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here