AS berdepan suhu sejuk melampau

Pihak berkuasa di seluruh Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan berjaga-jaga susulan ribut musim sejuk yang membawa angin beku, ais dan salji ke banyak kawasan.

Presiden Joe Biden telah meluluskan keadaan darurat di Texas selepas lonjakan permintaan elektrik telah menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Perkhidmatan Cuaca Nasional (NWS) memaklumkan lebih daripada 150 juta orang Amerika kini berada di bawah amaran ribut musim sejuk.

Antara negeri yang terjejas ialah Kentucky, Mississippi, Alabama, Oregon dan Oklahoma.

Ribut beku sampai di bahagian utara Mexico yang mana lebih daripada empat juta kediaman dan perniagaan mengalami gangguan bekalan elektrik pada awal hari Isnin.

Jalan-jalan raya yang beku mengakibatkan berlakunya kemalangan.

Di Houston, Texas, hampir 120 kemalangan jalan raya dilaporkan pada hari Ahad sahaja.

Banyak nahas berlaku di lebuh raya utama berhampiran Bandar Oklahoma semasa ribut salji melanda pada hari Ahad menyebabkan beberapa lori terbakar.

Pengembara di beberapa negeri juga diberi amaran bahawa penerbangan akan ditangguh atau dibatalkan.

Di Houston, Texas, Lapangan Terbang Intercontinental George Bush dan Lapangan Terbang Hobby ditutup sekurang-kurangnya sehingga Selasa.

Texas yang mengalami paling sejuk sejak lebih dari 30 tahun dan beberapa kawasan pada hari Ahad mencecah -18C).

Suhu di kota Dallas lebih dingin daripada di Anchorage, Alaska, lapor CBS News.

Gabenor Texas Gregg Abbott, yang mengisytiharkan keadaan darurat pada hari Ahad, mendesak “semua penduduk Texas waspada terhadap cuaca sejuk yang melampau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here