Banjir Sabah semakin buruk

SANDAKAN, Jan 2 ? Several houses in Kampung Sungai Manjang are submerged in floodwater.A total of 145 people from 41 families are currently staying in two temporary relief centres which began operational since yesterday in Kampung Sungai Manjang.?fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

Kota Kinabalu, Jan-
Seramai 5,617 mangsa banjir membabitkan 10 daerah di Sabah dipindahkan ke 39 pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah itu membabitkan 1,899 ketua isi rumah (KIR).

Daerah yang dilanda banjir terdiri daripada Kota Marudu, Kota Belud, Telupid, Pitas, Beluran, Lahad Datu, Sandakan, Beaufort, Tongod dan Paitan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menerusi kenyataannya memaklumkan Kota Marudu kekal memperlihatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,944 mangsa daripada 1,090 KIR. Kesemua penduduk terjejas banjir di daerah berkenaan kini berada di 10 PPS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here