Harimau belang jantan ditemukan dengan kesan cedera ditembak

SEEKOR harimau belang jantan, dengan tiga kesan luka akibat di tembak di kaki belakangnya, telah ditangkap oleh petugas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan dihantar untuk rawatan.

Harimau itu ditemui di ladang kelapa sawit Felda dekat Dungun. Pegawai Perhilitan dari Perak mengambil masa selama empat jam melaksanakan operasi menangkap harimau itu.

Nik Mohd Zamani Awang dari pusat penyelamat hidupan liar berkata, harimau jantan, yang dianggarkan berumur antara 14 hingga 16 tahun, beratnya melebihi 160kg telah ditembak dengan panah penenang.

“Pemeriksaan mendapati bahawa harimau itu cedera kerana terdapat tiga luka tembak di kaki belakangnya yang dipercayai disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Harimau itu akan dipindahkan ke pusat penyelamatan di Sungkai, Perak, untuk rawatan dan pemerhatian selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Harimau itu dijumpai sekitar tiga kilometer dari tempat ia ditemukan oleh penduduk kampung.

Ia berada dalam keadaan keletihan akibat kecederaan yang dialaminya.

Dua video harimau yang cedera, masing-masing 29 dan 54 saat, sebelum ini viral di media sosial dan dipercayai dirakam oleh pekerja ladang Indonesia yang bertembung dengan haiwan itu.

Pengarah hidupan liar Terengganu, Abdul Malek Mohd Yusof tidak menolak kemungkinan harimau itu telah menyerang lembu milik peneroka Felda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here