Lelaki berpaut belakang lori tangki sebelum terjun dipercayai ada masalah mental

Temerloh: Lelaki yang berpaut di belakang lori tangki sedang bergerak sejauh tiga kilometer sebelum terjatuh di Kilometer (KM) 160, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat sini, semalam, dipercayai mengalami masalah mental.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang berusia 39 tahun mengalami kecederaan di bahagian atas mata kiri, tangan kiri serta kaki kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan mendapati mangsa memanjat bahagian belakang lori tangki di sebuah stesen minyak di Bandar Lanchang.

Menurutnya, pemandu lori terbabit tidak menyedari mangsa memanjat kenderaan itu sebelum terus beredar dari stesen minyak terbabit. Bagaimanapun, mangsa bertindak terjun dari lori tangki berkenaan yang bergerak di Kampung Dala di Lanchang.

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang oleh pemandu kenderaan lain yang melihatnya sebelum ahli keluarganya dimaklumkan berkaitan kejadian itu.

Pemandu lori berusia 52 tahun berasal dari Terengganu tidak menyedari kejadian itu sehingga dia melihat video tular melihat kenderaannya malam tadi, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu lori yang melihat video itu kira-kira 9 malam semalam hadir ke Balai Polis Temerloh jam 3.50 petang hari ini untuk membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan,katanya.

Terdahulu tular video berdurasi 28 saat yang dirakam dari kereta sedang bergerak di belakang lori berkenaan. Seorang lelaki, berpakaian kemeja-T kelabu dan seluar pendek biru dengan kasut sukan kuning dilihat berpaut di belakang lori tangki itu.

Lelaki itu dilihat berpegang pada pemegang sambil berdiri di belakang lori tangki sebelum dia terjatuh di atas jalan. orang yang lalu lalang berhenti untuk membantu mangsa sebelum menghantar beberapa kepada Balai Polis Lanchang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here