MR D.I.Y. turunkan harga untuk bantu rakyat Malaysia ‘Kembali Ke Sekolah’

Setelah berbulan berada di rumah, 1.7 juta pelajar di Malaysia sedang bersiap sedia untuk kembali ke sekolah mulai 1 Mac ini.

MR D.I.Y. ingin membantu keluarga mendapatkan nilai terbaik dari setiap pembelian ‘Kembali Ke Sekolah’ di samping jualan kasut sekolah berwarna putih pada harga RM2!

Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia ini menawarkan potongan diskaun sehingga 40 peratus pada lebih 100 keperluan barangan sekolah di 690 cawangan seluruh negara.

Pelbagai barangan ‘Kembali Ke Sekolah’ ditawarkan seperti alat tulis, beg sekolah, beg dan bekas makanan, kasut sekolah dan sarung kaki, serta keperluan perlindungan diri seperti pensanitasi tangan, pengelap antibakteria dan pelitup muka untuk memastikan semua orang dilindungi dengan baik.

“Sebagai seorang bapa, saya memahami perasaan risau bercampur lega yang ibu bapa dan guru rasakan apabila sekolah dibuka semula.

“Kami mahu membekalkan pelajar dan guru dengan kelengkapan yang sesuai apabila mereka kembali ke sekolah dan ini termasuk alat perlindungan diri seperti pelitup muka dan pensanitasi tangan.

“Ini ialah permulaan fasa baharu pemulihan Malaysia dan sebagai jenama tempatan, ia amat penting untuk kami menyokong keluarga-keluarga di Malaysia sebaik mungkin dengan membantu dari segi memastikan anak mereka kembali ke sekolah lengkap dan bersedia untuk belajar tanpa membebankan perbelanjaan, kami mampu memberi perbezaan ini,” kata Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Grup, Andy Chin ketika mengumumkan promosi tersebut.

Terkenal dengan slogan ‘Always Low Prices’, MR D.I.Y. komited membantu rakyat Malaysia membeli keperluan berkualiti dengan harga berpatutan.

Pelanggan dijamin selamat dan selesa ketika membeli-belah di MR D.I.Y. kerana setiap cawangan patuh pada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh MKN dan KKM dengan ketat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y. www.mrdiy.com, platform e-dagang www.mrdiy.com.my, dan media sosial @MR DIY di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here