“Makin ramai katak dalam PPBM dan PN… Takkan masuk percuma”

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyindir Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai hipokrit kerana menerima dua Ahli Parlimen PKR yang melompat meninggalkan parti asal mereka.

Beliau berkata, sebelum ini pengampu Perdana Menteri seringkali mendakwa langkah pengumuman darurat dan penggantungan Parlimen adalah bertujuan untuk mengurangkan ‘politiking’ dalam kalangan wakil rakyat.

Namun menurutnya, tindakan menerima dua ahli PKR itu memperlihatkan PN juga berpolitik kerana pasti melibatkan perundingan dan tawar menawar antara dua pihak

 “Makin ramai katak dalam PPBM dan PN. Mesti ada perundingan. Mesti ada tawar menawar. Mesti ada sebab musabab. Takkan masuk percuma. Biasanya ada tiga sebab bila berlaku katak si katak lompat.

“Pertama, tidak tahan siasatan SPRM. Kedua tidak tahan tekanan LHDN. Dan ketiga adanya tawaran jawatan Menteri atau GLC.

“Hipokritnya mereka. PPBM lagi kuat politiking. Tetapi YDP Agong bertitah “Parlimen boleh bersidang”, politik mereka terkangkang,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua ahli Parlimen PKR yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali gus meninggalkan PKR.

Perdana Menteri berkata, dua SD terbabit dibuat oleh Ahli Parlimen Julau, Sarawak, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here