Bintang EPL ketagih pil tidur

Terdapat beberapa pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bergantung kepada pil tidur, lapor The Sun. Laporan itu mendakwa ramai bintang yang beraksi dalam liga utama itu mencampurkan pil tidur dengan alkohol bagi merasai pengalaman yang ‘mengkhayalkan dan menyeronokkan’.

Bahan seperti Zopiclone dan Zolpidem yang diambil oleh bintang-bintang bola sepak tersebut berada pada tahap membimbangkan kerana meletakkan kehidupan serta karier mereka berada dalam risiko.

Berdasarkan pendedahan baru-baru ini, seorang pemain antarabangsa England telah menjadi ketagih kepada pil tidur dan mencampurkan dengan minuman keras, vodka sewaktu melanggar perintah berkurung untuk pergi berparti.

Menurut laporan tersebut, isteri atau teman wanita salah seorang pemain yang tidak dinamakan telah pulang ke rumah mendapati pasangan mereka terbaring kaku di sofa, sementara anak-anak pula berada dalam keadaan terkejut sewaktu mengejutkan bapa mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here