Kastam Johor tahan empat PATI

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba membolosi sempadan untuk keluar dari negara ini menerusi laluan tidak sah di perairan Pontian, dekat Pontian.

Pengarahnya, Sazali Mohamad berkata, kejayaan itu adalah hasil operasi Ops Benteng 2021 yang dilakukan unit Marin, Bahagian Penguatkuasaan, Sungai Pulai, JKDM Johor semasa melakukan rondaan laut menggunakan bot jabatan kira-kira jam 1.40 petang.

Katanya, pemeriksaan rapi ke atas sebuah bot kayu mencurigakan di kawasan itu menemukan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 dan 46 tahun yang gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah.

“Mereka juga didapati tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia dan ditahan bagi tujuan siasatan lanjut,” ,” katanya.

Tambah beliau kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki pas atau permit yang sah.

Sabir kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada enam sebatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here