SST: Petronas buat akujanji tarik balik rayuan

Mahkamah Rayuan hari ini dimaklumkan bahawa Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah memberikan akujanji untuk menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Sarawak berhak mengutip cukai jualan bagi produk petroleum.

Pegawai Undang-Undang Negeri Sarawak Datuk Seri J.C Fong memberitahu panel tiga hakim bahawa berikutan akujanji telah diberikan oleh Petronas untuk menarik balik rayuan itu, kerajaan negeri Sarawak tidak membantah permohonan penangguhan dikemukakan syarikat minyak dan gas itu.

Fong mewakili kerajaan negeri Sarawak dan Pengawal cukai jualan negeri Sarawak.

Terdahulu, peguam mewakili Petronas, Datuk Malik Imtiaz Sarwar memaklumkan mahkamah menerusi surat bertarikh semalam bahawa Petronas memohon pendengaran rayuan ditangguhkan atas alasan seperti yang dinyatakan dalam surat itu.

Atas alasan itu, pendengaran dijadualkan hari ini telah dikembalikan semula untuk sebutan perkara itu, kata Malik, yang kemudian memohon mahkamah menetapkan 3 Ogos untuk sebutan rayuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here