Atasi masalah gelendangan yang tinggal secara haram

Kerajaan negeri digesa bertindak segera bagi menangani sekumpulan gelandangan yang didapati merempat di kawasan Sembulan.

Mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, kawasan yang diduduki sekumpulan gelandangan itu tiba-tiba mencul yang mana mereka tidur di kawasan terbuka berhampiran perkampungan atas air dan berdekatan dengan lebuh raya Coastal.

Katanya, terdapat keperluan untuk mengatasi masalah berkenaan sebelum menjadi diluar kawalan seterusnya mewujudkan masalah sosial.

“Langkah pencegahan lebih baik daripada mengubati…pihak berkuasa tempatan mesti mengambil tindakan sepatutnya segera supaya mereka yang tidak mempunyai dokumen tidak akan mewujudkan koloni baharu di kawasan itu.

“Kita tidak mahu perkara ini terjadi, adalah tidak selesa dipandang apabila kawasan pembangunan Bandaraya ini dicacatkan dengan pemandangan seumpamanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, dengan keadaan mereka tinggal didalam suasana yang kotor, tidak mustahil wujudnya kluster baharu COVID-19 di kawasan terbabit sekiranya masalah itu tidak ditangani segera.

“Kumpulan ini juga dipercayai tidak menerima ujian saringan COVID-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here