Kerja-kerja menjadi model Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun mula menampakkan hasil sekarang apabila peragaan beliau mula disiarkan media.
Sekarang ini, Shopee, sebuah laman jualan online mula menyiarkan kain lace atau borders yang diperagakan oleh Rina.
Dengan menunjukkan baju kurung dan borders yang diperagakan Rina, Shopee mula menjual kain itu.
Ia datang dengan pelbagai warna termasuk rose gold dan juga soft pink.
Sebelum ini, Rina menjadi topik hangat apabila datang dengan penampilan baru yang lebih ramping dan cantik dengan pelbagai koleksi baju kurung.
Kemudian Ketua Wanita Bersatu itu dikatakan menjadi model dan menggunakan kesempatan tidak banyak kerja di musim Covid-19 dan darurat ini untuk memperagakan pelbagai jenis baju kurung di pejabat beliau.
Berita tentang beliau membayar hutang RM1.3 juta kepada sebuah syarikat media untuk mengelakkan diisytiharkan muflis juga menarik perhatian ramai.
Sehari setelah menyoal sumber kekayaan Rina Harun, Adun DAP Canning, Jenny Choy membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.
Rina menjadi perhatian setelah dia melunaskan hutangnya kepada sebuah syarikat filem yang berpusat di Paris sekitar RM1.3 juta untuk mengelakkan diisytiharkan muflis.
Choy secara terbuka bertanya kepada Rina tentang bagaimana dia berjaya mengumpulkan jumlah wang tersebut dalam jangka waktu 15 bulan yang singkat kerana data Akuan Aset menunjukkan bahawa aset Rina berjumlah RM72,000 ketika data tersebut diumumkan pada November 2019.
“Merujuk kepada data pengisytiharan aset SPRM pada bulan November 2019, Rina menyatakan bahawa asetnya berjumlah RM72,000 dengan pendapatan bulanan RM34,004.48.
“Sekiranya sumber pendapatan Rina tidak berubah, dia akan memerlukan sekitar 40 bulan untuk mengumpulkan dana yang cukup untuk melunaskan hutangnya tanpa mengeluarkan satu sen dari pendapatannya.
“Sebagai menteri kabinet dan penjawat awam, SPRM harus menunjukkan tanggungjawab dan mengambil tindakan segera untuk menyiasatnya,” kata Choy dalam satu kenyataan.
Rina diberi notis bankrap untuk hutang kepada Sarl Novovision berjumlah RM1,340,642.02 pada 17 Nov 2020.
Rina, yang merupakan salah seorang pengarah syarikat yang kini tidak berfungsi Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd, telah membeli beberapa rancangan komedi dan dokumentari dari syarikat Perancis.
Pada bulan Mei 2014, Rina dan pengarah syarikat lain, Ida Rahayu Md Noor, telah membuat perjanjian jaminan dengan Sarl Novovision bahawa mereka akan secara peribadi dan bersama-sama menanggung semua tanggungjawab syarikat.