Guna helikopter ambil makanan ditempah

Seorang lelaki yang begitu teringin hendak makan sandwic daging panggang dari premis makanan sanggup menggunakan helikopter mendapatkan pesanannya itu.

Menurut ARY news, lelaki tersebut sanggup terbang 128 kilometer di sebalik peraturan ketat ekoran pandemik Covid-19 ini semata-mata kerana mengidam hendak makan sandwic kegemarannya.

Selepas mendaratkan helikopternya di kawasan berdekatan Kedai Chipping Farm di Lancashire, dia memesan sandwic daging panggang tersebut.

Video yang kini tular di media sosial menunjukkan pekerja kedai tersebut menyerahkan pesanan makanan lelaki tersebut kepadanya.

Biarpun ia merupakan peristiwa yang menjadi kenangan abadi bagi juruterbang dan kedai makanan segera itu, namun pihak polis pula tidak senang duduk akibat perbuatan mereka.

Malah segelintir netizen turut memberi reaksi negatif dan mengkritik premis makanan itu kerana melayan permintaan lelaki tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here