Wanita maut disengat tebuan ketika daki bukit

Georgetown, Nov 17.
Seorang wanita maut dipercayai disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt V. Saravanan berkata dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 58 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang .

Pihak polis menerima laporan daripada seorang doktor di hospital itu memaklumkan seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir di sini.

Proses bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita itu, katanya ketika dihubungi malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here