Lelaki Terkejut Temui Bom Tangan Yang Masih Aktif

Seorang penduduk dilaporkan menemui bom tangan yang didakwa sisa-sisa Perang Dunia Kedua di halaman rumahnya.

Menurut Kompas TV, ia dijumpai oleh Sakat, penduduk di Kabupaten Sidorejo, Jawa Timur.

Bom tangan itu dilaporkan masih dalam keadaan aktif.

Sakat menemui bahan letupan itu ketika cangkulnya dihalang oleh sesuatu seperti batu, setelah diangkat, ia ternyata adalah bom tangan.

Gambar Via Kompas TV

Tanah tempat dimana bom itu dijumpai didakwa milik pejuang kemerdekaan bernama Abu Thoyib.

Bom tangan itu telah diperiksa oleh pihak Gegana (skuad penghapus bom) dan menunjukkan bahawa ia masih lagi aktif.

Disyaki tinggalan Perang Dunia Kedua, kekuatan letupan bom tangan itu dianggarkan boleh mencapai sehingga radius 100 meter.

Bom tersebut telah diambil oleh pihak Gegana dan dihapuskan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here