LELAKI BERJAYA DITAHAN SETELAH MELANGGAR TEMAN WANITA MELOLOS DIRI DI CHERAS

Pihak polis melepaskan tembakan tetapi suspek yang mencuri sebanyak 11 buah kereta melarikan diri pada 26 Ogos pada jam 5 petang. 

Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur telah menghampiri sebuah kereta yang berada dalam keadaan mencurigakan. Semasa itu terdapat seorang perempuan warganegara sedang berada dibelakang kereta untuk mengambil barang. Apabila menyedari kehadiran polis suspek lelaki terus mengundurkan keretanya sehingga melanggar dan menggilis perempuan yang berada dibelakang kereta tersebut.

Pegawai polis yang berada dihadapan kereta tersebut telah memberi amaran kepada lelaki berkenaan supaya berhenti tetapi lelaki berkenaan terus memecut keretanya untuk melarikan diri. Pegawai polis telah melepaskan tembakan tetapi lelaki berkenaan berjaya melarikan diri. Suspek perempuan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Perempuan tersebut yang berumur lebih kurang 20 tahun yang juga merupakan teman wanita suspek hanya mengalami kecederaan ringan dan telah ditangkap untuk siasatan lanjut.

Pada 30 Ogos jam 7. 50 petang pasukan polis dari pihak polis berjaya menangkap suspek yang berumur lebih kurang 32 tahun di Cyberjaya, Selangor.

Susulan tangkapan tersebut, suspek telah dibawa ke beberapa lokasi dan telah berjaya menjumpai sebanyak sebelas buah kereta buatan tempatan yang telah dilaporkan hilang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor diantara tahun 2019 hingga 2021. Nilai rampasan dianggarkan lebih kurang RM130,000.

Lelaki yang mempunyai 17 rekod jenayah dan teman wanita yang mempunyai 3 rekod mencuri kereta bagi tujuan alat ganti kereta. Kedua-dua tangkapan mempunyai rekod dikehendaki atas kesalahan jenayah dan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dimana jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dimana jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here