3,500 ahli MIC berkumpul di Batu Caves berdoa untuk Najib

Kuala Lumpur, Jan-
Lebih 3,000 ahli MIC berkumpul di Batu Caves untuk satu upacara doa khas untuk Najib Razak, selepas memutuskan untuk tidak menyertai himpunan solidariti dengan bekas perdana menteri itu di Putrajaya.

Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata parti itu menjangkakan kira-kira 2,000 ahlinya hadir tetapi jumlah yang hadir melebihi jangkaan.

“Kita tidak dapat menunjukkan sokongan kepada Najib di Putrajaya atas nasihat polis, sebab itu kami berada di Batu Caves.

“Kami menjangkakan 2,000 hadir tetapi hari ini lebih 3,500 ahli dari Perlis ke Johor hadir ke sini,” katanya dalam ucapan di dewan serbaguna di kompleks kuil Batu Caves.

Ratusan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. berkumpul di kawasan lapang berhampiran Kuil Murugan di sini, sejak jam 10.30 pagi pada Isnin.

Kehadiran mereka sebagai tanda solidariti terhadap Najib berhubung prosiding di Mahkamah Rayuan berkait Titah Adendum.

Beberapa pengawal turut ditempatkan di sekitar kawasan tempat meletakkan kenderaan bagi mengawal aliran trafik dan situasi semasa.

Pada Sabtu, media melaporkan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan akan meneruskan himpunan solidariti bagi menyokong Najib Tun Razak dengan menukar lokasi dari Istana Kehakiman Putrajaya ke Batu Caves.

Beliau berkata, himpunan tersebut akan diadakan di Kuil Murugan sekitar jam 11 pagi bagi tujuan sembahyang khas.

Menurutnya, perkara tersebut terpaksa diteruskan mengambil kira komitmen dan sokongan beribu-ribu ahli MIC yang sanggup menjadi sukarelawan untuk acara berkenaan.

Ahli Parlimen Tapah itu berkata, perhimpunan solidariti terhadap bekas Perdana Menteri itu perlu dilihat dalam konteks berasingan daripada proses formal yang ditegaskan Yang di-Pertuan Agong.

Tambahnya, perkara itu lebih kepada hak demokrasi, tanda sokongan dan perpaduan yang tidak bertentangan dengan titah baginda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here