Buaya 4.8 meter ditangkap

Seekor buaya dianggarkan sepanjang 4.8 meter berjaya ditangkap di sungai berdekatan Kampung Meranek, di sini hari ini.

Difahamkan reptilia yang beratnya sekitar 500 kilogram itu ditangkap oleh satu pasukan pemburu buaya dengan menggunakan perangkap berumpankan seekor ayam.

Seorang daripada ahli pasukan tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Wan Mazlan memberitahu buaya tersebut ditangkap sekitar jam 12 tengah hari.

“Buaya tersebut kemudian dibawa ke Pangkalan Feri Muara Tuang untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang dihubungi.

Pasukan pemburu buaya tersebut ditubuhkan baru-baru ini susulan kebimbangan masyarakat setempat selepas berlaku beberapa insiden serangan reptilia tersebut.

Antaranya, kes yang meragut nyawa mangsa dikenali sebagai Azhan Azhar,29, pada 12 Januari yang mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna pada 14 Januari .

Sebelum itu, iaitu pada 16 Diaember, juga dilaporkan berlaku kes serangan buaya juga di kampung tersebut yang meragut nyawa Razid Hamran,27.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here