Kem pelarian Rohingya di Bangladesh musnah terbakar

Kebakaran di sebuah kem pelarian Rohingya yang berselerakan di Bangladesh telah memaksa sekurang-kurangnya 50,000 orang untuk meninggalkannya dan menyebabkan tujuh dikhuatiri maut, menurut pihak berkuasa dan pekerja bantuan, dalam kebakaran paling besar yang melanda kawasan penempatan pondok itu setakat ini.

Hampir sejuta anggota puak minoriti Islam yang ditindas dari Myanmar, ramai daripada mereka yang melarikan diri dari serangan ketenteraan di kampung halaman mereka pada 2017, tinggal dalam keadaan yang sesak dan sangat kotor di kem-kem di tenggara daerah Cox’s Bazar.

Ia merupakan kebakaran ketiga yang melanda kem tersebut dalam masa empat hari.

Pihak berkuasa menyata-kan kebakaran terbaharu kelihatan bermula pada Isnin di salah sebuah daripada 34 kem, yang meliputi kira-kira 8,000 ekar tanah, sebelum merebak ke tiga kem lain, dengan pelarian meninggalkan gubuk bersama apa-apa sahaja barangan yang mereka dapat bawa.

Kepulan asap tebal dapat dilihat muncul dari pondok-pondok yang terbakar dalam video yang dikongsikan di media sosial, ketika beratus-ratus anggota bomba dan pekerja bantuan berusaha untuk memadamkan api dan memindahkan pelarian ke tempat yang selamat.

Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada kira-kira tengah malam, dengan Refugees International menyatakan sekurang-kurangnya 50,000 orang telah meninggalkan pondok mereka ketika kebakaran memusnahkan ribuan rumah yang diperbuat daripada kain tarpal dan buluh.

“Kami telah mengetahui bahawa tujuh orang meninggal dunia termasuk dua kanak-kanak, seorang wanita dan empat lelaki dewasa,” Shahdat Hossain, ketua perkhidmatan bomba tempatan, memberitahu AFP.

Pejabat pelarian kerajaan dan polis, bagaimanapun, masih belum mengesahkan sebarang kematian.

“Ia merupakan kebakaran paling besar sejak kedata-ngan Rohingya pada Ogos 2017. Kira-kira 1,500-2,000 pondok telah musnah sepenuhnya,” timbalan ketua pesuruhjaya pelarian bagi kerajaan Shamsud Douza, memberitahu AFP.

Douza menyatakan maka-nan telah dihantar kepada pelarian yang hilang tempat tinggal dan pekerja bantuan sedang cuba untuk menyediakan semua bantuan kemanusiaan yang diperlukan.

Gazi Salahuddin, seorang inspektor polis, berkata “kebakaran menyebabkan kira-kira 50,000 orang hilang tempat tinggal dan terpaksa berlindung di rumah saudara mara mereka di kem lain.”

Salahuddin menyatakan kebakaran pada mulanya tertumpu di kawasan sempit, namun ia telah berkembang dan merebak ke kem lain selepas tong gas yang mereka gunakan untuk memasak meletup.

Mohammad Yasin, seorang Rohingya yang membantu dalam usaha memadamkan kebakaran, memberitahu AFP bahawa kebakaran telah marak selama lebih 10 jam dan merupakan yang terburuk yang pernah dilihatnya sejak 2017.

“Orang ramai lari menye-lamatkan diri ketika ia me-rebak dengan pantas. Ramai yang tercedera dan saya melihat sekurang-kurangnya empat mayat,” kata Aminul Haq, seorang lagi pelarian.

Seorang anggota sukarelawan bagi organisasi Save the Children, Tayeba Begum, menyatakan “kanak-kanak telah berlari, menangis mencari keluarga  mereka.”

Refugees International memetik seorang penduduk Rohingya sebagai berkata kebakaran telah mengimbas semula kenangan traumatik bagi penindasan yang dialami oleh penduduk Rohingya di Myanmar pada 2017.

“Ramai kanak-kanak telah hilang dan beberapa orang tidak dapat melarikan diri disebabkan oleh penghadang kawad besi yang diletakkan di dalam kem,” menurutnya dalam satu kenyataan.

“Tragedi ini adalah satu peringatan yang sangat teruk mengenai kedudukan pelarian Rohingya yang telah terperangkap dalam keadaan yang semakin tidak selamat di Bangladesh dan realiti bagi sebuah kampung halaman yang sekarang diperintah oleh pihak tentera yang bertanggungjawab bagi genosid yang memaksa mereka melarikan diri,” tambahnya.

Ia adalah kebakaran ketiga yang melanda kem-kem dalam masa empat hari, pegawai jabatan bomba Sikder, yang hanya dikenali dengan satu nama, memberitahu AFP.

“Dua kebakaran berasingan di kem pada Jumaat lepas telah memusnahkan beberapa pondok, kata pihak berkuasa.

Sikder berkata punca kebakaran masih belum di-ketahui.

Dua kebakaran besar yang turut berlaku di kem pada Januari, menyebabkan ribuan orang hilang tempat tinggal dan meranapkan empat sekolah UNICEF.

Penganjur kempen Amnesty International di Asia, Saad Hammadi, menyatakan dalam ciapan bahawa “ke-kerapan kebakaran di kem adalah terlalu kebetulan, terutama ketika keputusan daripada siasatan sebelumnya mengenai insiden masih belum diketahui dan mereka masih meneruskannya.”

Kerajaan pula telah men-desak untuk pelarian ditempatkan semula di sebuah pulau terpencil di Selat Be-ngal, menyatakan kem sudah terlalu sesak.

Setakat ini, 13,000 pelari-an Rohingya sudah dipindahkan ke pulau yang terdedah kepada banjir, yang menurut pengkritik berada dalam laluan siklon yang berbahaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here