Beberapa orang ditembak mati di kedai runcit Colorado

Beberapa orang termasuk seorang anggota polis terbunuh kelmarin apabila seorang lelaki bersenjata menye-rang sebuah kedai runcit di wilayah barat Colorado, Amerika Syarikat (AS), kata polis tanpa menjelaskan kemungkinan motif penye-rang tersebut.

Seorang suspek telah tercedera dan berada dalam tahanan, komander polis Boulder Kerry Yamaguchi memberitahu wartawan, selepas insiden di King Sooper’s Grocery di Boulder, kira-kira 30 batu (50 kilometer) barat laut ibu negeri wilayah Denver.

“Kami mempunyai beberapa orang yang terbunuh dalam insiden ini. Serta saya memohon maaf untuk menyatakan bahawa salah seorang daripada mereka adalah anggota polis Boulder,” Yamaguchi memberitahu wartawan.

Ketika diminta agar memberikan satu jumlah yang lebih spesifik, jurucakap polis itu menjawab: “Kami masih memproses tempat kejadian.”

Rakaman video yang distriming secara langsung menunjukkan seorang lelaki kulit putih berusia pertengahan, tidak memakai baju dan kelihatan berlumuran dengan darah, telah ditahan oleh polis dan dibawa keluar dari kedai, namun Yamaguchi tidak mengesahkan bahawa lelaki itu sememangnya  orang yang berada dalam tahanan.

Beberapa saksi di dalam kedai pada masa kejadian tembakan, yang berlaku hanya sebelum jam 3 petang waktu tempatan, menyatakan mereka telah mendengar beberapa das tembakan sebelum me-larikan diri melalui pintu belakang.

Polis menyatakan mereka tiba beberapa minit selepas panggilan 911 dan berjaya memasuki bangunan “de-ngan sangat cepat”.

“Pada ketika itu, satu-satu-nya pihak yang tercedera yang kami sedari adalah suspek sahaja. Kami tahu tiada kecederaan serius lain pada masa sekarang,” kata Yamaguchi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here