Tidur lena dengan tilam CUCKOO

Peneraju produk kelengkapan rumah, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO) atau lebih dikenali dengan slogan ‘Healthy Home Creator’ melancarkan tilam CUCKOO A-Series dengan kerjasama Lee Swee Kiat Group Bhd (LSK) menyasarkan jualan melebihi RM60 juta pada tahun ini.

Ketua Pegawai Pelanggan Toh Seng Lee berkata, dengan kepakaran dan pengalaman LSK, syarikat yakin lebih ramai rakyat Malaysia dapat memiliki kehidupan dan kediaman yang lebih sihat.

“Dalam tempoh tiga tahun, kami berharap mampu membantu lebih daripada 160,000 orang, dengan menawarkan tidur yang lebih lena.

“Kerjasama melalui LSK dan jenama tilamnya, Napure ini membuahkan hasil apabila ia dapat berdiri sebaris dengan produk kami yang lain dan melangkaui batasan standard.

“Proses pembuatannya sangat teliti bagi menghasilkan produk berkualiti yang juga digandingkan dengan servis gred A berteknologi tinggi,” katanya.

Kualiti

Dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkualiti termasuk lapisan 100 peratus lateks bebas Anilina, iaitu toksin berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan.

Agen pelekat bergred pemakanan digunakan bagi menggantikan Anilina bagi menghindari ketidakselesaan pada tubuh.

Servis

Setiap pembelian akan disertakan dengan servis pembersihan setiap empat bulan kendalian pasukan servis CUCKOO+ (CUCKOO Plus) berpengalaman dengan markah kepujian 97 peratus daripada pelanggan.

Bagi memastikan tilam bebas dari pepijat dan kotoran, teknologi Triple Supreme yang merangkumi pembersihan vakum berkuasa tinggi, pembersihan hydro dan all-in hunting digunakan dalam setiap servis pembersihan tilam.

Kualiti tidur

Terdiri daripada empat lapisan yang menawarkan keistimewaan tersendiri pada setiap lapisan termasuk teknologi dustic freeze pada lapisan luaran yang menjadikannya nyaman, bebas debu dan hama serta mengurangkan risiko serangan alahan.

Ia turut dilengkapi ‘tujuh zon sokongan rangka tubuh’ yang menyokong tubuh dan ‘lima Zon spring teras’ ergonomik, memastikan tiada pemindahan pergerakan dan gangguan terhadap pasangan semasa tidur.

Tambah menarik, pelanggan diberi kebebasan memilih tahap kekenyalan tilam, iaitu A-Series Firm atau A-Series Soft.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan Divisyen CUCKOO, Hazman Zakaria berkata, syarikat turut menawarkan pelan pembayaran inovatif yang membolehkan pelanggan membuat bayaran mengikut kemampuan untuk memiliki produk tersebut.

“Bagi tilam ini, kami menyediakan pelan sewaan mampu milik, memudahkan pelanggan dari segi kewangan sambil membolehkan mereka menikmati servis pembersihan berkualiti.

“Pelanggan hanya perlu membayar serendah RM150 sebulan selama tiga tahun untuk mendapatkan waranti 10 tahun beserta servis pembersihan berkala setiap empat bulan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here