Covid Kes baharu 22,597

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 22,597 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,685,510 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,814 kes.

Ia diikuti dengan Sabah (2,834), Sarawak (2,427), Kedah (2,162), Pulau Pinang (1,920), Johor (1,896), Kelantan (1,289), Kuala Lumpur (1,111), Perak (1,061), Terengganu (739), Pahang (579), Negeri Sembilan (345), Melaka (269), Perlis (98), Putrajaya (48) dan Labuan (5).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here