California kembali ‘beraksi’ ke habitat asal

Pelan konservasi bagi burung hering spesies California condor kini lebih menarik selepas populasi haiwan yang disifatkan sangat terancam itu terus menunjukkan peningkatan.

Kini Perkhidamatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat merancang untuk membebaskan sejumlah kecil burung itu di Taman Negara Redwood, utara California.

Inisiatif yang dijangka dilaksanakan seawal September tahun ini bertujuan bagi melaksanakan ‘populasi kajian tidak berkeperluan’ di Pacific Northwest, di mana spesies itu tidak pernah hidup secara liar sejak seabad lalu.

Menurut laporan San Francisco Chronicle, projek itu merancang untuk melepaskan empat hingga enam burung hering setiap tahun selama 20 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here