Usaha baharu digerakkan bebaskan MV Ever Given

Usaha baharu digerakkan bagi membebaskan kapal kontena MV Ever Given yang masih tersekat di Terusan Suez hampir seminggu.

Ia termasuk, penyertaan lebih banyak kapal tunda dan kapal korek untuk tujuan itu.

Usaha sebelum ini untuk mengapungkan Ever Given gagal, dan keadaan itu memaksa syarikat perkapalan mengubah laluan penting kapal dagang di sekitar Afrika.

Para pegawai berkata, ‘kapal tunda dan korek digunakan untuk menghancurkan batu’ dalam usaha mengapungkan kapal Ever Given.

Sepanjang malam petugas menggunakan mesin pengorek sambil dibantu penggunaan lampu limpah untuk tujuan itu.

Beberapa cadangan alternatif diberikan sebagai langkah jika usaha itu gagal.

Presiden Mesir, Abdul Fattah al-Sisi juga telah mengarahkan beberapa langkah bagi mengurangkan beban kontena kapa itu.

Pada Ahad, Ketua Penguasa Terusan Suez, Leftenan Jeneral Osama Rabei berkata, siasatan mengenai puncai kejadian sedang dijalankan dan beliau tidak menolak kemungkinan berpunca daripada kecuaian manusia atau kesilapan teknikal.

Kapal MV Ever Given, yang lebih panjang daripada empat padang bola sepak, tersekat secara menyerong merintangi Terusan Suez sejak Selasa lalu, menutup laluan air kedua-dua arah.

Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas ke atas lebih 200 kapal di kedua-dua hujung terusan sepanjang 193 kilometer (km) dan menyebabkan kelewatan penghantaran minyak dan produk lain.

Dalam pada itu, syarikat data dan berita perkapalan memaklumkan, Terusan Suez dijangka akan tersekat sekurang-kurangnya satu atau dua hari lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here