18 individu terperangkap dalam lif hotel, seorang pengsan

Melaka, Nov 27.

Seramai 18 individu termasuk dua wanita diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap di dalam lif di sebuah hotel empat bintang di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, di sini, .

Seorang daripada wanita berkenaan pengsan selepas terperangkap kira-kira 20 minit. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Omar Husein@Mohsin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada pihak hotel pada 10.12 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota termasuk dari Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi didapati lif tersangkut antara tingkat 21 dan 22 dengan 18 individu iaitu 16 lelaki dan dua wanita berada di dalam lif.

Sebaik pintu lif berjaya dibuka seorang daripada mangsa wanita yang mengalami sesak nafas sudah pengsan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut, manakala semua mangsa lelaki selamat,” katanya dalam kenyataan.

Omar berkata, operasi menyelamat mangsa bermula jam 10.30 dan selesai jam 11.05 pagi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here