Selepas Hadi lari, Mahathir kata tidak mampu elak wartawan

Selepas Presiden Pas lari meninggal Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan rombongannya melanggar jurugambar dan wartawan yang cuba mewawancara mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat naik satu komen “Saya tidak fikir mampu elak wartawan”.

Tanpa menyebut apa yang dilakukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang seolah-olah mahu lari dari wartawan ketika keluar dari persidangan itu, Mahathir berkata, wartawan perlu alam menyampaikan maklumat yang tepat.

“Sepanjang karier sebagai ahli politik, saya tidak fikir mampu mengelak dari diikut dan disoal wartawan.

“Selagi boleh saya cuba penuhi dan jawab tak kira apa juga yang nak ditanya. Bagi saya wartawan perlu dalam menyampaikan maklumat yang benar dan tepat,” kata Mahathir menerusi Twitter beliau.

Semalam, Hadi keluar meninggal Dewan Merdeka Putra World Trade Centre ketika Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih memberikan ucapan dasar beliau di Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan menyindir Pas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here