Guna WANG PALSU Bayar Hospital

Polis sedang mengesan seorang pesakit yang membuat bayaran bil rawatan di sebuah hospital swasta di sini pada Selasa menggunakan wang palsu.

Wang palsu dalam not RM100 itu diterima kakitangan kaunter bayaran dipercayai daripada salah seorang pesakit yang menerima rawatan di hospital terbabit pada hari berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, penemuan wang palsu itu disedari penyelia berkenaan sebelum dimaklumkan kepada pihak kewangan.

Berikutan itu, katanya, satu laporan polis dibuat pegawai kewangan hospital berkenaan di Balai Polis Kuantan di sini pada Selasa.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Wazir berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu terbabit termasuk membuat semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di premis hospital terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here