Lelaki selamba bawa mayat di dalam beg sandang

Sebuah mahkamah di United Kingdom baru-baru ini menyiarkan rakaman video yang menunjukkan aksi santai pembunuh membawa keluar mayat mangsanya yang dikerat, keluar dari pangsapurinya.

Lelaki dikenali sebagai Mangori, 24, itu didapati bersalah membunuh Lorraine Cox, 32 di Exeter, England.

Menurut Mirror UK, Mangori menemui mangsanya dalam keadaan mabuk pada awal pagi 1 September 2020 dan mengajaknya pulang ke pangsapurinya.

Dia kemudiannya melemaskan mangsa dan memotong badannya.

Video tersebut diperoleh seminggu selepas Lorraine Cox dilapor hilang dan Mangori dipercayai membawa keratan badan mangsanya di dalam beg sandang itu.

Suspek dipercayai membuang beg tersebut di hutan berdekatan.

Dalam pembelaannya di mahkamah, Mangori, warga Iraq itu memberitahu Cox yang pesakit diabetes meninggal tiba-tiba di kediamannya.

Menurutnya lagi dia tidak menghubungi talian kecemasan kerana perkara tersebut tidak dilakukan di negaranya.

Sebelum ini dia pernah mengaku melakukan pengebumian haram.

Pihak juri bagaimanapun menolak alasannya dan mensabitkannya melakukan pembunuhan itu setelah mereka berbincang enam jam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here